BIODATA RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM
Nama lengkap:
Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama Ayah:
‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama Ibu:
Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Nama Datuk:
Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib
Paman paman Beliau Shallallahu `alaihi Wa Sallam :
Al-Harith bin Abdul Muthalib•
Muqawwam bin Abdul Muthalib•
Zubair bin Abdul Muthalib•
Hamzah bin Abdul Muthalib•
Al-Abbas bin Abdul Muthalib•
Abu Thalib bin Abdul Muthalib•
Abu Lahab bin Abdul Muthalib•
Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib•
Hijl bin Abdul Muthalib•
Dzirar bin Abdul Muthalib•
Ghaidaq bin Abdul Muthalib
Nama Ibu susuan Rasulullah Shallallahu `alaihi Wa Sallam (Rodhi'):-
🌿 Ibu susuan pertama Thuwaibah
(hamba perempuan Abu Lahab)-
🌿 Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah
(lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah, Suaminya bernama Abu Kabsyah)
Nama isteri pertama dan usia baginda menikah:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah Radhiallahu anhu ,
usia Beliau Shallallahu `alaihi Wa Sallam saat itu 25 tahun .
Nama isteri-isteri Rasulullah Shallallahu `alaihi Wa Sallam :
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah Radhiallahu anhu
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah Radhiallahu anhu
3. Aisyah bt Abi Bakr Radhiallahu anhu
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab Radhiallahu anhu
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah Radhiallahu anhu
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian Radhiallahu anhu
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith Radhiallahu anhu
8. Safiyah bt. Huyay Radhiallahu anhu
9. Zainab bt. Jansyin Radhiallahu anhu
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah Radhiallahu anhu
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah Radhiallahu anhu
12. Zainab bin Khuzaimah Radhiallahu anhu
(digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)
Nama Putra Putri Rasulullah Shallallahu `alaihi Wa Sallam :
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
♥5. Ruqaiyah
♥6. Ummi Kalthum
♥7. Fatimah Al-Zahra’
♥8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi
(anak tiri Rasulullah: anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika menikah dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
🌏 PERISTIWA PERISTIWA PENTING
🌾 USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah Shallallahu `alaihi Wa Sallam yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bagian syaitan yang wujud di dalamnya.
🌾 USIA 6 TAHUN.
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)·
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapak Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
🌾 USIA 8 TAHUN·
Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.·
Baginda dipelihara pula oleh bapak saudaranya, Abu Talib.
🌾 USIA 9 TAHUN.
(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). ·
Bersama bapak saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.·
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
🌾 USIA 20 TAHUN·
Terlibat dalam peperangan Fijar.
Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’, jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad Shallallahu `alaihi Wa Sallam ialah 14 atau 15 tahun.
Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah saja.·
Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
🌾 USIA 25 TAHUN·
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.·
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.· Baginda Shallallahu `alaihi Wa Sallam bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapak saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapak saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.·
Mas kawin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
🌾 USIA 35 TAHUN·
Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.· Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. ·
Rasulullah Shallallahu `alaihi Wa Sallam diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
🌾 USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan
menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
🌾 USIA 53 TAHUN·
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radhiallahu anhu .·
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M. .
🌾 USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah Shallallahu `alaihi Wa Sallam
di Madinah Al-Munawwarah
pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
♡Semoga bermanfaat
♡Silahkan share
📙 "SIRAH NABAWIYAH" 📙
Kunjungi http://www.myislam.id/ untuk artikel bermanfaat lainnya.